Penjawat Awam Terdedah Kepada Bahaya?????

Sekadar Gambar Hiasan

Persekitaran pejabat kerajaan boleh mendedahkan pejawat awam kepada bahaya seperti penggunaan bahan kimia serta kesan biologi dan fizikal, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Mohtar Musri.

Katanya sepanjang tahun lepas, 33 kes telah dilaporkan kepada DOSH melibatkan penyakit paru-paru, jangkitan kuman, alahan pada kulit dan kehilangan pendengaran.

"DOSH percaya masih banyak kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja yang tidak dilaporkan dan ini memerlukan kesedaran terhadap penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam di Kota Bharu hari ini.

Mohtar berkata DOSH turut mengesan terdapat pejabat kerajaan yang tidak memastikan spesifikasi sistem pencahayaan yang betul sehingga menyebabkan ada pekerja yang mengalami masalah penglihatan.

"Sistem cahaya yang betul di pejabat adalah sekurang-kurangnya sebanyak 300 lux manakala sistem pendingin hawa antara 20 ke 25 darjah Celcius yang jika tidak dipatuhi boleh mempengaruhi kesan kesihatan terhadap pekerja," katanya.

Beliau berkata antara bahaya lain adalah seperti penggunaan bahan kimia pada mesin fotostat dan habuk di pejabat.

"Kakitangan awam yang terpaksa bertugas di lapangan seperti anggota polis dan bomba juga boleh terdedah kepada kemungkinan kecederaan dan kesihatan dan DOSH meminta mereka berhati-hati ketika berada di lapangan itu.

"Kami juga ada menerima aduan oleh kakitangan yang mengadu di tempat kerjanya terlalu bising dan terdedah kepada habuk, dan masalah itu telah diatasi oleh DOSH dan majikan terbabit," katanya.

Mohtar meminta penjawat awam yang khuatir mereka terdedah kepada bahaya supaya berbincang dengan majikan agar masalah itu dapat diatasi segera.

Beliau juga berkata bahawa tahun lepas kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.8 juta kepada penjawat awam yang telah disahkan mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. BERNAMA

Anonymous –   – (October 14, 2009 at 8:58 PM)  

hahaa.. kesian mamat tu tiba2 je gmbr dia dipamerkan.. klau dia msuk sni mesti tekejut beruk punyalah...

-pelangi

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP