Transformers....

Anda minat transformer? Rasanya ramai yg minat transformer sbb ramai yg dah pergi menyaksikn filem ni di pawagam. Bagi sesiapa yg belum saksikan bolehlah ke pawagam yang berdekatan untuk tgk citer yg best ni. Rugi kalau tk tgk... Hee~~


Tajuk kali ni adalah ---> TRANSFORMER : REVENGE OF THE FALLEN


Ni la hero ngn heroin citer ni
Shia LeBeouf (Sam Witwicky) & Megan Fox (Mikaela) - sangat hot okay...


Nilah mak ngan bapak sam yg 'hilarious'....Ngee~~


Ketua Autobots - Optimus Prime


Anda suka bumble bee? Oh saya sgt suka.. So funny~~


Megatron ni ketua segala penjahat (Decepticons)


Jangan terlepas peluang utk tgk mcm mana Sam selamatkan bumi dr ditakluk oleh Decepticons dan bagaimana dia menghidupkan kembali Optimus Prime yang mati dibunuh..



Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

Dua Kumpulan Bergaduh, 16 cedera ..Taiping...

TAIPING 9 Jun – Sebanyak 16 lelaki cedera termasuk dua daripadanya kritikal setelah terbabit dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di pekan Kamunting dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara dua kumpulan remaja di hadapan sebuah kafe siber di pekan itu.

Katanya, seorang remaja yang gagal mengawal kemarahan kemudian bertindak menampar remaja dari kumpulan yang satu lagi.

“Remaja yang tidak berpuas hati kerana ditampar itu kemudian datang kembali bersama dua lelaki dewasa membawa parang lalu menyerang kumpulan remaja dan mencederakan empat rakannya.

“Berikutan itu, kumpulan remaja yang diserang itu memanggil rakan-rakan mereka yang dewasa dan menyerang balas kumpulan yang mencederakan mereka di sekitar pekan Kamunting sehingga ramai mengalami kecederaan,” katanya.

Raja Musa berkata, semua 16 lelaki yang cedera dalam pergaduhan itu dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan. (Petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 10 Jun 2009)


---> Ni orang kampung Mat Siong ni... mmg ganas!! Huhu..~~

Read more...

Promosi Crocs....

Disney Kids Cayman - RM40.00 (Asal : RM129.00)

Batman Kids Cayman - RM45.00 (Asal : RM129.00)

Dora The Explorer Kids - RM45.00 (Asal : RM129.00)

Kids Cayman - RM40.00 (Asal : RM119.00)

Disney Girls Minnie Jane - RM40.00 (Asal : Rm129.00)

Alice - RM65.00 (Asal : RM139.00)

Malindi - RM60.00 (Asal : RM129.00)

Prima - RM65.00 (Asal : RM119.00)

Cleo - RM65.00 (Asal : RM129.00)

Patra - RM65.00 (Asal : RM169.00)

Sassari - RM90.00 (Asal : RM169.00)

Women Athens - RM60.00 (Asal : RM129.00)

Mary Jane - RM65.00 (Asal : RM129.00)

Mens Athens - RM60.00 (Asal : RM129.00)

Off Road - RM75.00 (Asal : RM169.00)

Baya - RM75.00 (Asal : RM169.00)


Menjual kasut jenama crocs dengan harga yang murah berbanding dengan harga pasaran.

Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Pelbagai saiz dan corak yg menarik.

Perkhidmatan terus dari rumah ke rumah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di…

0124975412 (Azmawati)

0173932653 (Mat)

Read more...

Kenduri Kawin..

Hari ni kitaorg pegi kenduri kawin anak sedara CC Razak kt Kg. Nakhoda, Selayang..
Macam biasa sila enjoy gmbr yg sempat dicapture...


Sblm makan tk sempat tangkap gmbr sbb smua dah kusyuk makan. So, yg ada hanyalah selepas makan. Tgk jelah telatah Fitri (anak bongsu CC).. Comel sungguh....


Hantaran dari pihak lelaki (purple) dan perempuan (gold).....


Waktu pengantin makan kitaorg pn memulakn sesi melaram kt pelamin..


Pelamin nampak very exclusive and luxury... Suka bangat.....


Yang ni malu tapi mahu.. Ngee~~


InsyaALLAH lps ni psangan ni plak... Amin...


Nak jugak merasa duk kt atas pelamin...Hurmm....


Kesopanan dan kesusilaan...


Bila kesengalan melanda...


Abis pelamin ni kami kerjakan... hee~~


Sementara tggu pengantin potong kek kami smpt menggediks lg...


Inilah pengantinnya (kitaorg tk kenal pn sbnrnya)
Hanya memenuhi jemputan dan memeriahkn suasana sahaja... Arivavava.....


Balik tu kami sempat la tangkap 2, 3 gambar lagi... (mmg gila gambar btol la..mcm gila bola..lol)


Sementara tggu k.dot gi bank kluarkn duit kami posing dulu...


Pantang tgk org tgkp gmbr k.dot pn cpt2 menyertai sesi kami ni..


Gadis tangga? Pilihlah yang mana satu...


Reveal : Disinilah tempat keje kami...



Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

Mandi sungai...

Banyak aktiviti yg kitaorg suka buat utk mengisi masa yg membosankn.
Antaranya adalah mandi sungai... Sungai utk hari ini adalah.......


Sungai Kemensah

Pagi dimulakan dgn acara makan dan lepak2..


Makan dan trus makan.. Haha... Menu utk haritu adlh nasi lemak, bihun goreng, kuih-muih, sandwich, nuget, keropok2 dan air sirap..
sblh tengahari plak ada nasi ngn lauk-pauk (mmg telebih suda)


Acara wajib adlh tangkap gmbr.. Blkg tu adlh pondok utk kami bersantai2 dn tmpt kami makan juga disana.. Ada 2, 3 lagi pondok dikiri dn kanan kami..


Ni tk tau knpa dok buat muka sedih kt atas tangga ni.. Isk..Isk..


Antara peserta yg mengikuti rombongan ini....


Acara mandi-manda...


3 dara bermandi-manda (kualiti gmbr krg memuaskn)


Anak pengunjung kt sana yg 'dicuri'... Sangat cute okay..


Tengahari kitaorg main masak2... Kak aisyah menunjukkn 'kepakaran' beliau...

Kesimpulannya : Tempat ni sesuai utk kanak2 shj sbb airnya cetek. Macam air merangkak pn ado. So, anda tk digalakkn utk pegi kesini.. (Sori Kak Aisyah...)
** But, yg paling penting sekali we'll had a great time here...Hoyeh...~~



Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

Malek Noor Dah Insaf...! Alhamdulillah....!!


Artikel kali nie panjang sikit tapi kami mintak-mintak sangat anda baca. Memang tersentuh jiwa raga baca cerita Malek Noor dan kisah insaf dia. Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita nie. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia. Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. “Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal......


Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP