Angkut sebelum kena sita..

Ni ada beberapa gambar waktu kami mengemas brg2 yg ditinggalkn kt tmpt lama sbb ada yg nk guna tempat tu. Katanya kekurangan space jadi sblom mereka memvanish segala harta karun ni baik kita angkut dulu..

Lokasi : Tingkat 23, Menara DBKL 1.
Masa : Hari Sabtu lebih krg 10 pagi..
Tarikh : Tak brape ingt tp yg pasti sblom puasa aritu..


Ada ustaz tolong kita org.. Moga menjadi berkatlah kerja2 kami ini..


Kedua2 budak ni masih bersemangat utk bekerja.. gambate..!


Sempat lagi ni.. Yg penting pose dulu..


En. Kudin sedang tekun 'menyediakan' kotak utk diisi barang..


Dua kegunaan mask tu. 1 - H1N1, 2 - Habuk.


Kerja keras.. kotak kena byk sbb brgnya pn banyak..


Selepas beberapa ketika tulang pn tk mampu berdiri sendiri..


Dah penat so kami lepak kejap..


Dah siap, kami pn berkemas nak balik..


Dah ar.. tak abis2 muka budak ni.. Angkt-beg-dan-boleh-berambus..


Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

Raya.. raya.. dan raya..

Selamat hari raya semua. Diharap raya ni takde yg kembung perut smpi tkleh jalan.. mahupun terputus tangan akibat main mercun atau... terkoyak poket baju akibat 'diragut' oleh kanak2 yg rakus inginkn duit raya... Berikut adalah beberapa gmbr yg sempat dirakam pada hari khamis (sblm raya) dan juga kunjungan kami ke rumah kak mawar pada hari sabtu (26.9.2009)..


Entry dimulakan dgn gmbar tuan tanah kedaung yg baju rayanya sedondon dgn kak ecah aka adik manis..


Smua mempunyai kesedaran diri ttg ketinggian masing2...


Hanya kaum hawa shj yg teruja nk beraya..


Bg yg tk kenal lg.. Tuan rumah adalah kak mawar ---> paling kiri.


Kaum adam yg hampir pupus..






Rumah cantik sgt dn buat kami teruja nk tangkap gmbr kt smua sudut di rumah ini.. (Potret P. Ramlee yg dipelbagaikan adalah sgt cool!)


Mr. Amat yg tk brenti melantak m'pun hujan telahpn brenti..


Merpati dua joli..



Lukisan adalah hasil seni suami tuan rumah. Smart!


Macam kenal je kan budak ni.. Ngeh3....


Nota kaki : Trima kasih pada kak mawar kerana sudi menjemput dan melayan karenah kami yg mcm kanak2 riang ni... dan sesangat la menduka-citakan krn tkde gmbr yg dambil ketika beraya di rumah cik pelangi... Kesulitkan amatlah dikesali.. Sekian.. Trimas..


Teruskan membaca dan berchatting~~

Read more...

Yea...Yea.... Ley Main Bunga Api...!!!!

Adik2 sumer jgn ler contohi akak nie
bahaya men bunga api ngan mercun
akak nie x sedar diri sket walaupun dah besar...


Nota : Cik Pelangi jgn marah yer nanti raya bru minta maaf yer hehehehehehe......

Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....!!!!!


Weh x sabar nak blik raya nie,
hati2 semasa blik kampung yer.
Selamat hari Raya Sumer.

Nota kaki : Bulan Pose nie x byk artikel sumer bz dok pikir pasal raya hehehehe......

Read more...

Belajar Menghormati Ramadan...

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum matahari terbenam dan meja makan sudah penuh dengan pelbagai hidangan daripada juadah yang dimasak sendiri atau yang dibeli hinggalah kepada pencuci mulut yang menyelerakan serta minuman.

Hidangan di atas meja semerbak baunya dan mereka yang hadir menunggu dengan penuh sabar panggilan azan menandakan masuk waktu Maghrib. Sebaik mendengar azan bergema, mereka berbuka puasa.

Bagaimanapun ia bukan majlis berbuka puasa yang lazim kita lihat kerana jamuan ini umpama perjumpaan wakil Bangsa Bersatu yang sedang lapar.

Mereka yang hadir pada petang itu juga terdiri daripada pelbagai bangsa seperti juga juadah yang tersedia di atas meja - daripada rakan dan jiran dari lima negara negara dan tiga benua, yang beragama Islam dan bukan Islam, yang bersama-sama berkongsi pengalaman berbuka puasa di Malaysia semasa Ramadan.

MENGHORMATI BULAN MULIA

Ibadah puasa yang diamalkan umat Islam di sini menarik minat pasangan Venezuela Mina Perez dan Erick Alcala untuk mencontohi semangat bulan mulia ini dengan menganjurkan majlis itu bagi dua tahun berturut-turut.

Kedua-dua mereka telah berada di Malaysia selama tiga tahun dan berasa gembira kerana berpeluang berbuka puasa dengan rakan-rakan dari Malaysia dan negara asing.

"Kami gembira berkongsi pengalaman kerohanian ini dengan kaum-kaum berlainan di negara ini. Ia lebih bermakna kerana kami berbuka puasa bersama rakan-rakan tempatan dan mereka dari Nigeria, Venezuela, Yemen dan Pakistan," kata Mina.

Bagi seorang lagi bukan Islam, Vanessa Laverde, beliau berbuka puasa dengan rakan-rakan Islamnya dengan meneguk sedikit air. "Saya juga berpuasa hari ini, dan berjaya berpuasa penuh," kata rakyat Venezuela berusia 26 tahun itu dengan perasaan puas.

Jika amalan puasa biasanya menimbulkan rasa ingin tahu, kagum dan adakalanya simpati dalam kalangan bukan Islam, Vanessa pula memilih untuk mencuba dengan berpuasa selama sebulan tahun lepas dan tahun ini beliau masih berpuasa, tetapi kurang beberapa hari kerana masalah kesihatan.

"Saya beragama Katholik, dan kami mengamalkan ibadah yang hampir serupa yang dikenali sebagai Lent yang diamalkan sebelum Easter. Saya memilih untuk berpuasa sebagai menghormati rakan-rakan Islam dan untuk menghargai dan melalui pengalaman yang dirasai oleh rakan-rakan Islam."

Sementara berpuasa mungkin tidak begitu sukar bagi Vanessa, Jack Lua dari Kelantan berasa kagum bagaimana umat Islam dapat bertahan tanpa air dan makanan dari fajar hinggalah matahari terbenam.

"Saya pernah cuba berpuasa, tetapi hanya mampu bertahan separuh hari. Saya mendapati ia begitu sukar!" demikian pengalaman arkitek berusia 28 tahun itu.

Jack yang berkata beliau akan cuba berpuasa sekali lagi, memahami objektif murni Ramadan yang mengingatkan individu bahawa mereka perlu bersyukur dan mengajar mereka untuk berterima kasih dan bersikap sederhana.

Satu lagi kelebihan berpuasa yang Jack kagumi ialah ia baik daripada segi kesihatan.

"Pada akhirnya, kita semua adalah sama. Berpuasa merupakan satu kewajipan peribadi yang saya rasa mengajar umat Islam supaya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin," kata beliau.

Lagipun, Jack menjelaskan bahawa beliau menyambut baik kedatangan Ramadan setiap tahun untuk meluangkan masa bersama-sama dengan rakan Islam.

"Ia satu alasan baik untuk bertemu dengan rakan-rakan Islam dan mencari rakan baru. Saya juga menikmati pelbagai juadah bermusim yang enak daripada bazar-bazar Ramadan yang hanya boleh ditemui sepanjang musim ini sahaja."

MAJLIS KEROHANIAN DAN SOSIAL

Walaupun pelbagai budaya wujud dalam masyarakat Islam, Ramadan merupakan ibadah yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia.

Duduk di hujung meja, Ali Anjum, 22, dari Pakistan mengimbau amalan berpuasa di negara asalnya di mana jiran-jiran akan dijemput untuk berkongsi makanan.

Beliau berkata walaupun amalan itu tidak ketara di Malaysia, keramahan yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini lebih kurang sama dengan apa yang dilihat di negaranya.

"Ia bukan sukar untuk berpuasa di negara majoriti Islam seperti Malaysia. Saya juga mendapati masyarakat lain di negara ini menerima ibadah puasa dengan hati terbuka dan sungguh menyeronokkan untuk duduk bersama kaum-kaum lain ketika berbuka puasa."

Sedia maklum bahawa berpuasa ialah ibadah rohani bagi umat Islam, katanya, adalah juga penting untuk turut membabitkan seluruh keluarga dan jiran dalam berkongsi kebaikan bulan mulia ini.

"Malaysia unik kerana penduduknya menghormati setiap agama. Rakyat Malaysia berkongsi pelbagai sambutan keagamaan dalam suasana muhibah dan adalah menyeronokan untuk menjadi sebahagian daripada semangat muhibah ini."

Nurul Kirana, 25, dari Selangor tersenyum gembira kerana menyedari rakan-rakan bukan Islamnya turut menunggu sehingga Maghrib untuk makan bersama umat Islam yang lain.

"Saya rasa berbesar hati kerana rakan-rakan daripada latar belakang agama yang berbeza dan kaum berlainan sedia melakukan pengorbanan sebagai menghormati agama Islam sedangkan mereka tidak perlu berbuat demikian."

Pada masa yang sama, majlis pertemuan seperti ini memperkukuh semangat kesetiakawanan antara agama memandangkan mereka dapat memahami dengan lebih baik mengapa orang Islam berpuasa.-- BERNAMA

Read more...

Acara Menganyam Ketupat....







Read more...

Penderaan Terhadap Wanita.....!!!!!!

KEGANASAN terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai golongan hawa dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana mereka dianggap tidak mempunyai taraf sama dengan seorang lelaki.

Keganasan terhadap wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ia sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya satu cara hidup mereka.

Keganasan terhadap wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak asasi manusia.

Setiap individu tidak boleh bertoleransi mengenai sebarang tindakan keganasan terhadap wanita.

Jenis penderaan:

- Penderaan Psikologi dan Emosi

Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ia boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita serta keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

- Penderaan Fizikal

Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh penderaan. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga satu bentuk penderaan fizikal.

- Penderaan Seksual

Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

- Penderaan Sosial

Penderaan berbentuk ini sering berlaku dalam rumah apabila wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.

- Penderaan Kewangan

Seorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan daripada aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.-Sumber dupahang.wordpress.com.


Read more...

Ajaran Sesat Kahar Kembali....

Anda semua penah dgr tentang ajaran sesat kahar yang
mengaku
dirinya rasul melayu kini dia telah kembali ngan lebih
canggih, dia telah
menubuhkan satu blog ntuk pengikutnya, oleh
itu mari lah kta
sama2 report kat google supaya blog dan user
nie diblock....



Cara-caranya...

Cari dkt header tu 'Flag Blog'.


Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut
arahan selanjutnya sehingga submit.


Kepada semua pembaca jgn mudah terpengaruh
dengan penulisannya diharap anda
dapat undi
supaya tidak akan ada ramai lg org yg menjadi sesat
sepertinya....
nie link ntuk ke blog tu
http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

RASULULLAH S.A.W ADALAH YANG TERAKHIR TIADA
LAGI RASUL SELEPASNYA

Sumber-
http://doindawa.blogspot.com/

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP